Kerancuan bahasa ialah penggunaan bahasa yang tidak mengikut peraturannya sama ada dari segi sintaksis, morfologi, fonologi, kosa kata, istilah dan sebagainya, yang mengakibatkan kekacauan dan ketidaktekalan(inconsistency) dari segi pembentukan ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan, kosa kata dan istilah. Kerancuan bahasa menimbulkan pencemaran terhadap bahasa Melayu apabila bentuk kosa kata asing, ejaan, dan hukum sintaksis bahasa asing digunakan pada tulisan awam/rasmi sama ada dalam dokumen rasmi, media cetak, elektronik, papan iklan, dan sebagainya.
Kerancuan dan pencemaran bahasa boleh merosakkan keteraturan, kehalusan dan keintelektualan bahasa Melayu, kerana menjejas sistem dan peraturannya yang menyebabkan kecelaruan dan ketidaktekalannya. Ini akan merosakkan martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pendidikan dan bahasa ilmu tinggi, yang akhirnya akan menurunkan maruahnya dan disishkan sedikit demi sedikit oleh pengguna bahasanya. Kerancuan dan pencemaran bahasa menjadi amat serius pada akhir tahun 1970-an, yang menyebabkan kerajaan telah membentuk Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Melayu pada 1980 untuk meneliti dan memperakukan penyelesaiannya kepada kerajaan. Pada 1982, Jawatankuasa itu telah mengeluarkan laporan setebal 154 halaman yang memasukkan 13 halaman contoh kesalahan bahasa dan 70 perakuan kepada kerajaan dan badan yang berkenaan untuk tindakan mengatasi masalah pencemaran bahasa.
Satu gejalan kerancuan bahasa yang selalu ditonjolkan kini ialah:
1) penggunaan bahasa rojak atau campur kod (sureheboh, tempat makan ini best sangat, The team is good tapi terlalu banyak mistake)
2) pinjam kod (infotainmen, ICT)
3) gugur kod (Saya ingat, tapi.....)
4) pindah kod (The Amazing Race Program is very interesting, so TVX boleh cuba mengadakan program yang hampir sama).
Kerancuan perkataan baru bagi saya. Kerancuan yang agak popular pada masa ini adalah '... Gila' seperti 'susah gila', 'best gila', 'sedap gila', 'syok gila', 'cantik gila' dan pelbagai gila yang lain.
ReplyDeletePersembahan yang kreatif dan menarik. Syabas.
ReplyDelete