Teknik

Panduan Menjawab Kertas BM Pemahaman (UPSR)
A. Soalan Tatabahasa
- Terdapat 30 soalan tatabahasa yang mengandungi pelbagai topik seperti Kata Nama, Kata Kerja, Imbuhan, Penjodoh Bilangan dan sebagainya.
- Sewaktu membaca soalan pastikan setiap perkataan tidak diabaikan kerana satu perkataan membawa maksud yang besar.
- Masukkan semua pilihan jawapan (A, B, C, D) dan baca hingga ke noktah terakhir. Hanya ada 1 jawapan yang tepat, 1 jawapan yang salah manakala selebihnya adalah pengganggu.

Contoh :-
* Puan Rosidah _________ barangan tembaga di rumahnya sehingga berkilat.
   A. menggosok       B. mengelap       C. menggilap       D. mengesat

Dalam contoh di atas, jawapan yang paling tepat adalah C. Jawapan yang masih boleh digunakan adalah A dan B (pengganggu). Manakala jawapan D tidak sesuai kerana 'mengesat' hanya sesuai untuk air yang tumpah atau lebih kepada kekotoran. Kata kunci yang harus di beri perhatian adalah .....hingga berkilat...
*Mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi ke Empat, 'menggilap' adalah sesuai untuk menjadikan sesuatu itu berkilat.

B. Soalan Aneka Pilihan
- Soalan Aneka Pilihan ataupun yang mempunyai pilihan I, II, III, dan IV sangat mengelirukan.
- Teknik menjawab yang mudah adalah dengan mencari ayat yang 'salah' dahulu. Pastikan anda mengetahui dengan jelas kesalahan ayat itu.
- Setelah itu potong/buang pilihan jawapan yang mengandungi ayat yang salah.
- Pilih ayat-ayat yang betul sahaja sebagai pilihan jawapan.

Contoh :-
I. Nasi yang hangit itu ditanak oleh kakak.
II. Abu membeli goreng pisang di gerai itu.
III. Setengah ibu bapa hanya mementingkan pencapaian akademik sahaja.
IV. Pemenang kuiz itu menerima hadiah daripada Guru Penolong Kanan.

A. I dan II
B. III dan IV
C. II dan IV
D. I dan IV.

Dalam contoh di atas, ayat II salah kerana goreng pisang sepatutnya diganti dengan pisang goreng (Hukum DM). Potong pilihan jawapan A, C kerana ada pilihan II. Ayat III juga salah kerana setengah ibu bapa sepatutnya sesetengah ibu bapa (kata bilangan merujuk orang). Jadi potong pilihan jawapan B kerana ada III. Jawapan yang tinggal adalah D-I dan IV sahaja.

1 comment:

  1. Cikgu nnty buat nota lagi boleh? (Julia)

    ReplyDelete