CUBA TELITI AYAT-AYAT BERIKUT:-
1. Ayah membeli goreng pisang di gerai itu.
2. Mereka makan tengah hari di Fatimah Restoran.
3. Amira membeli sebotol cili sos untuk ibunya.
4. Nina memakai mini telekong sewaktu ke sekolah.
Sekilas pandang ayat-ayat di atas tidak ada salahnya. Namun begitu apabila diteliti dari sudut tatabahasa, ayat-ayat tersebut salah dari Hukum D-M.
Hukum D-M, bermaksud Diterang(D) dan Menerang(M).
Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu adalah unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan kedua. Dalam ayat di atas, pisang merupakan unsur inti dan goreng pula unsur menerangkan. Begitu juga dengan “Restoran Fatimah”, Restoran merujuk kepada unsur inti, jadi ia perlu wujud di hadapan dan Fatimah pula adalah unsur menerang yang mana perlu wujud di belakang unsur inti.
Ayat yang betul;
1. Ayah membeli pisang goreng di gerai itu.
2. Mereka makan tengah hari di Restoran Fatimah.
3. Amira membeli sebotol sos cili untuk ibunya.
4. Nina memakai telekong mini sewaktu ke sekolah.
TERUS BERBAHASA.......
Satu usaha yang bagus bagi memertabatkan Bahasa Melayu. Saya ingin bertanya mengapa menggunakan semua huruf besar di dalam menghuraikan hukum D-M, lebih elok jika menggunakan struktur huruf yang batul bagi mengambarkan penulisan Bahasa Melayu yang tepat.
ReplyDeleteMengapa Pisang (D) Goreng (M) dan bila Sos (D) Cili (M). Jika dilihat dari segi kontek perkataan 'Pisang' dan 'Cili' adalah sama tetapi mengapa 'Pisang Goreng' dan bila 'Cili' menjadi 'Sos Cili', adakah disebabkan oleh perkataan 'sebotol' menjadikan sebutan ditukar kepada 'sos cili'.
This comment has been removed by the author.
DeleteMengapa bila taip boleh huruf bercampur. tetapi bila hantar semua bertukar menjadi HURUF BESAR... dari segi tatabahasa dah menjadi tidak betul.
ReplyDeleteTerima kasih kepada anda yang sudi bertanya, soalan anda amat baik dan perlukan penjelasan.
ReplyDeletePertama saya ingin membetulkan ejaan - memartabat
Kedua - saya perlu mengubah format tulisan kerana apabila ditaip boleh menggunakan huruf besar dan kecil tetapi apabila "publish" menjadi huruf besar semuanya.
Ketiga - memang benar, apabila perkataan botol wujud di situ ia sudah mengubah maksud asal perkataan cili. Dalam kes ini perkataan "sos" menjadi unsur inti(D) yang mana "cili" pula unsur menerang(M). Di sini kita menerangkan tentang sos tersebut adalah sos yang diperbuat daripada cili, bukan dihasilkan daripada tomato (sos tomato) ataupun daripada tiram (sos tiram)..Seperkara lagi jika kita menggunakan cili sos kita seolah-olah menukar ejaan daripada CHILLI SAUCE (B.INGGERIS)