Apabila kita berbahasa secara lisan ataupun bertulis, kita mengemukakan ayat demi ayat. Bahasa yang baik ialah penggunaan ayat-ayat yang betul dari aspek tatabahasa dan jelas serta tepat dari aspek fakta yang dikemukakan. Dalam erti kata lain, setiap ayat selapis atau majmuk yang dikemukakan sebagai jawapan hendaklah tidak menyimpang dari aspek tatabahasa, tidak bersifat kabur dari aspek fakta yang ingin disampaikan. Seseorang pelajar yang lemah menggunakan BMS, tidak menyedari kandungan sesuatu ayat yang ditulisnya itu menyimpang dari aspek idea atau fakta sebagaimana yang harus disampaikan. Gejala kelemahan berbahasa dalam kalangan pelajar adalah sesuatu yang lumrah.
CONTOH AYAT:
1) Telefon bimbit amat penting, boleh memberikan kemudahan dan ada jenama yang mahal.
* Telefon bimbit amat penting dan boleh memberikan pelbagai kemudahan. Harga sebuah telefon bimbit yang terkenal biasanya lebih mahal.
Dari aspek makna dan fakta, yang mahal bukanlah jenama, tetapi telefon bimbit yang jenamanya sangat terkenal. Jenama bukanlah satu bentuk barangan. Oleh sebab itu, jenama tiada kaitan dengan harga. Struktur ayat : Telefon bimbit/ada jenama yang mahal juga tidak menepati struktur ayat BMS.
Blog cantik dan kemas! banyak informasi, boleh tambah 'link ' lain.
ReplyDeleteterima kasih, insyaallah dalam proses
Deletesalam..tahniah blog berjaya dan menambahkan informasi
ReplyDeleteSalam...terima kasih, sekadar berkongsi ilmu.
Deletenice blog
ReplyDeleteTahniah...blog yang mantap...
ReplyDeleteterima kasih,... terus layari blog ini kerana akan ada info-info tambahan dari semasa ke semasa.
ReplyDeleteInsya Allah, semoga cikgu terus berjaya dengan blog ini.
ReplyDeleteRespect and I have a dandy proposal: How Much Home Renovation Can I Afford cost to remodel entire house
ReplyDelete